Thursday, 9 August 2012
CERPEN: Kau Yang Ku Nanti
“ Assalamualaikum semua”
“Waalaikussalamwarahmatullahiwabarakatuh cikgu”
“Sila duduk.. Hari kita ada pelajar baru.. sila perkenalkan diri kamu.”
Rafiq memperkenalkan diri. “Assalamualaikum.. Nama saya Mohd Rafiq B. Hisyam. Salam perkenalan.” Rafiq tersenyum. “ hang orang mana??” Tanya salah seorang pelajar kepada Rafiq. “ Saya berasal dari Johor.” Gadis itu bertanya lagi “ Awat hang sekolah kat sini?” Tiada siapa yang berani menyampuk perckapan gadis itu keran memang sikap semula jadinya. Rafiq mula cuak. ‘ Banyak soalan betul la perempuan ni’ gadis itu menunggu jawapan daripada Rafiq. “ Sebab ayah saya terpaksa bertugas di sini.” Gadis itu menggangguk. “Okey tu ja soalan aku.” Fuhh ingatkan nak tanya lagi. “ Baiklah. Sila duduk di sebelah Adilah. Perempuan yang tanya soalan tadi..” cikgu memandang Adilah. Adilah tersengih kerana dia tahu cikgunya memberi amaran supaya tidak melakukan perbuatan tadi. “ Salah ka?” soal hati Adilah. Rafiq mengambil tempat di sebelah Adilah. Nasib aku la... Sesi pembelajaran pun bermula.
KRINGGGGG!!!!
“ Waaaa... laparnya. Hang tak nak pi makan ka??” tanya Adilah. Rafiq hanya diam. ‘ Khusyuknya’ desis hati Adilah. Tiba-tiba Amran A.K.A monitor kelas menyapa Rafiq. “ Kau jangan Ambil hati sangat dengan adilah tu. Dia memang macam tu. Tak reti diam. Aku dulu pun dia banyak tanya. Bukannya dia nak busybody.” Rafiq tersenyum. “Aku Amran Aqil. “ dia memperkenalkan diri. “Rafiq” mula saat itu mereka berkawan.
5 bulan kemudian.....
“ Wei... Am apasal mamat tu bila ngan kami dia diam. Bila ngan hang dia okey ja....” Amran hanya mengangkat Bahu. Dia pun pelik. “ kenapa kau tanya?” dia memandang pelik rakannya yang selalu pot pet. “ macam la hang tak tau perangai aku. Aku cukup pantang bila aku cakap ngan tunggul.” ‘tak pa dia... kita tengok sampai bila dia nak diam’ Adilah tersengih sendiri. Amran hanya mengeleng kepala.
“ fiq hang tau tak nak buat macam mana? Aku tak faham la. Ajaq(ajar) sat.”Rafiq pun menunjuk jalan kira untuk soalan matematik yang Adilah tanya tadi. ‘boleh pulak dia buka mulut.’ “Oi.. aku tau la aku hensem tapi janganla tengok aku macam nak makan. Aku ni bukannya sedap pun.” Satu kelas mentertawa kan Adilah. Malu kot. ‘Mangkuk la mamat tunggul ni. Nak puji diri pun pelan (perlahankan) suara tu. Malu aku’
Aku pasti datang menjemputmu
Tepati janji yang sempat terhenti
Aku pasti datang 'tuk hatimu
Penuhi janji untuk dirimu
Adilah berjalan seorang diri sambil menyanyi lagu 'Aku Pasti Datang' sebab BFF dia tak datang sekolah la.. kalau kawan dia ada habis riuh sekolah dengar gelak tawa mereka.. lagi kawannya Nisa . boleh pecah perut kot kalau kawan dengan Adilah. Adilah memang petah berkata-kata. Setiap kali masuk perbahasan dia mesti mendapat tempat pertama hingga ke peringkat negeri. ‘eh tu bukan Rafiq ka?’ idea jahat datang.
“Woi!!!”
“arghhh”
“ Woi.. Apa ni?” Adilah hanya tersengih. “sengih ja kau tau kan.” Rafiq mengutip balik buku yang dilempar olehnya. “ tak dakla.. hang tu khusyuk sangat baca buku sampai aku berdiri kat sebelah hang pun..hang tak perasan” Rafiq hanya menjeling. “ Sorry la. Aku mana tau yang hang boleh terkejut sampai lagu tu...” Rafiq meninggalkan Adilah. ‘sensitif betul la mamat ni.’
‘Bosannya.....’ keluh Adilah. Baru saja dia melangkah ke dalam “Booo!!” KEDEBUK!!! “Woi nak bagi terkejut pun bagi la aku masuk dulu.. aduh jatuh sistem peranakan aku.” Rafiq tergelak “Hahahaha....” Adilah mencebik ‘ siap hang aku keja-keja kan.’ “okey... baru maaf kau diterima.” Dia menahan gelak... “ pada la kalau nak balas pun. Hang tak pala jantung ja nak longgar.. aku bukan setakat jantung. sistem peranakan aku pun boleh longgar tau dak....” “Hah!! Korang watpa la ni? Dok dua orang dalam kelas.. dating erk?” Terpa Amran yang baru tiba di tempat kejadian. “ tak dak masa aku nak dating ngan mamat tunggul ni.”
“ tunggul kau panggil.... eiii..memang tak sayang mulut.”
Adilah menjelir lidah. Nampak perang dah nak mula.
“ kau sedar tak yang kau tu murai.. tau tak?”
Sentap Adilah bila mendengar butir kata yang keluar daripada mulut Rafiq. Dia tidak tahu kenapa dia terlalu sensitif dengan Rafiq. Takkan la..... OMG ( oh my gucci). Dia terus meninggalkan Rafiq dan Amran. Sejak hari tu dia cuba megelakkan diri daripada Rafiq. Rafiq mula rasa bersalah.SPM hampir tiba.. Bermula dari hari kejadian tu Rafiq menyimpan perasaan dekat Adilah.. Dia tahu Adilah tidak seperti bekas teman wanitanya yang hanya mementingkan populariti. Dia cuba memujuk Adilah tapi adilah sentiasa mengelak dari berjumpa dengan nya. Hatinya sayu bila tidak dengar usikan Adilah yang cuba untuk mengambil perhatiannya. Dia mula menyesal.
5 tahun kemudian...
“ Bos setiausaha baru bos dah sampai.” Kata pekerja Rafiq. “ Erm.. suruh dia masuk.” Mata masih tertumpu di komputer. Seorang gadis memakai jubah berdiri di hadapannya. Sedap mata memandang. “duduk” ujarnya sepatah. “ Ni kamu punya skop kerja.” Gadis itu menilik fail yang biberi oleh Rafiq. Usai saja fia menaip dia mengalih pandangannya ke arah setiausaha barunya. Alangkah terkejutnya dia bila mendapati Adilah dihadapannya. Satu-satunya perempuan yang dirinduinya selama lima tahun. “ Adilah” Adilah terkejut. Suara yang amat dia kenali dan dirindui.
“Ra..Rafiq.” rafiq tersenyum. “ lama tak jumpa kau. Tak sangka pulak kau akan jadi PA aku” jantung mereka berdua berdegup kencang.
Sudah 7 bulan Adilah berkerja dengan Rafiq namun mereka seolah-olah tak kenal antara satu sama lain. Adilah hanya berdiam dan tak pernah nak berbual dengan Rafiq. Rafiq mula cuak. ‘dulu panggil aku tunggul sekarang dia pulak jadi tunggul’ dia mula membuat rancanganuntuk mengambil perhatian Adilah.
“Adilah buatkan saya kopi.” Adilah mengeluh. Sejak dua menjak ni Rafiq selalu menyuruh dia membuat banyak kerja pada masa yang sama. Dah la kerja yang dia nak minta sebentar tadi tak habis lagi. Dia ke pantry untuk membuat kopi. TUK!TUK!TUK! “masuk” Rafiq pura-pura sibuk supaya Adilah tidak hidu rancangannya. “Bos ini kopi yang bos minta.” ‘dia ni kan memang tak berubah langsung. Kalau buat kerja memang tak ingat dunia’.
“Bos.. ni kopi yang bos minta”
“hah..ooo letak kat situ”
Dia mengambil air kopi tu lalu meneguk. Sedap.. “ Air apa yang kau buat ni? Apsal pahit sangat kau nak kenakan aku ke hah?” satu ja yang berubah. Dulu dia bukannya jenis yang cakap banyak tapi sekarang ada saja yang dia nak leteri.... meja tak bersih la, tingkap berdebu la... macam-macam lagi la. Sampai nak bernanah Adilah dengar. Kalau la telingan jenis pakai buang dah lama dia buang telinga dia dari dengar rafiq membebel. “ yaka.. maybe tak cukup gula kot” adilah serba salah. ‘aku rasa aku buat kopi macam biasa. “ dah pergi buat sekali lagi.” Adilah mengeluh “baik lah” Rafiq tersenyum.
Makin lama makin menjadi-jadi perangai si Rafiq. Adilah hanya bersabar. Namun begitu, ada juga perengai Rafiq yang membuatkan Adilah semakin mencintainya. “ Adilah ni ada surat untuk awak. Suarat cinta ke?” Adilah hanya tersenyum sambil membuka sampul surat. “Alhamdulillah” Emi di sebelahnya tertanya-tanya. “surat apa tu?” “surat tawaran belajar.” Jawab acuh tak acuh. Berat rasanya dia nak merima tawaran tu. Tapi demi masa depannya dia tetap akan menerima. Apa gunanya kalau dia dia berlama disini. Rafiq bukannya suka dia ada di sini (sebaliknya). “yeke..wah..tahniah. awak dapat sambung belajar dekat mana?”
“Jordan” alangkah terkejutnya Rafiq bila mendengar . ‘ni tak boleh menjadi. Aku kena bertindak cepat.”
Keesokan hari..
Berat hati dia hendak memberitahu Rafiq tentang tawaran belajarnya ke Jordan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
“assalamualaikum mak.. Awat mak telefon adik?”
“mak telefon sebab mak nak habaq kat hang tadi ada orang masuk minang. Mak dah terima. Kami dah sepakat sebelum hang pi oversea hang nikah. Lagipun senang nanti ada juga orang jag hang. Mak tak dak la risau. Hari tu pun hang pasai kahwin semua serah kat mak kan?”
“yaka. Orang dia macam mana? Okey tak?”
“Yang tu hang jangan risau. Mak bapak dia kawan lama mak. Jadi mak yakin anak depa mesti boleh jaga anak mak. Kerja dia pun baguih(bagus).”
“kalau macam tu tak pala. Adik banyak kerja lagi nak buat ni. Adik letak telepon dulu la. Assalamualaikum.”
Akhirnya air matanya jatuh jua.
“aku terima nikahnya Nur Adilah Adibah bt. Hj. Farid......” usai akad nikah kini tiba masa untuk upacara pembatalan air sembahyang pula. Adilah yang dari tadi menangis terus mengelap air matanya apabila mendengar pintu biliknya dikuak dari luar. Dia memandang ke bawah. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan lelaki yang sudah sah menjadi suaminya. “Assalamualaikum.” Dia tersentak suara itu mengingatkan dia tentang Rafiq. Air matanya jatuh dan membuatkan suaminya riasau. ‘aku salah kata ke?’ “eh... kenapa ni? Jangan la nangis. Abang minta maaf okay. Dah la jangan nangis nanti orang apa pulak. Tengok abang.” Adilah berhenti menangis. Dia cuba untuk melihat suaminya. Alangkah terkejutnya dia “Ra..rafiq..” terus dia memeluk suaminya sambil menangis. “ kenapa buat macam ni?hati saya hampir hancur disebabkan awak. Awak tau tak saya cintakan awak.” Rafiq tersenyum kalau dia tau dari awal dia takkan buat macam ni.
Akhirnya penantian mereka tidak sia-sia. Selama lima tahun mereka menahan perasaan akhirnya di balas juga.
P/S: Maaf la kalau terlalu banyak kesalahan. Yang ni cerpen kedua saya. Kalau ada kesalah sudilah tegur saya.
Karya: dyny_nany15
Subscribe to:
Comments (Atom)